PENGENALAN
PENGENALAN....
Pusat Sumber Sekolah merupakan pusat perkhidmatan akses maklumat bersepadu yang menyediakan pelbagai sumber pendidikan dalam bentuk bahan cetak, bahan bukan cetak dan digital. Pusat Sumber Sekolah (PSS) menyediakan maklumat, perkhidmatan dan keperluan bagi mengukuhkan PdPc untuk penguasaan kemahiran asas serta kemahiran maklumat pendidikan ke arah pembentukan masyarakat berbudaya ilmu, gemar membaca dan berkemahiran belajar sepanjang hayat.
Bertepatan dengan objektif PSS, Program Galakan Membaca perlu dilaksanakan agar budaya ilmu dalam sesebuah masyarakat dapat dibina melalui amalan membaca yang berterusan.
Bagi memantapkan Program Galakan Membaca, Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) telah melaksanakan pendekatan pembacaan secara terancang melalui Program NILAM (Nadi Ilmu Amalan Membaca).
Oleh itu, diharap agar murid-murid SMKPR khususnya dapat meningkatkan tahap pembacaan dan mengamalkan pembelajaran sepanjang hayat.